D'Tamalang Riverview 🏕,
D'Tamalang Riverview (DTRV) merupakan sebuah kawasan berkelah yang cantik, bersih dan mempunyai udara yang segar. Sangat sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan dan merehatkan diri dan minda dari kesibukan bandar. Mempunyai sungai yang cantik serta air yg bersih dan jernih, keadaan sungai juga sangat sesuai untuk kanak-kanak oleh kerana air yang cetek dan tidak terlalu deras.
D'Tamalang Riverview (DTRV) terletak di Kampung Pahu Kiulu Tamparuli iaitu 35km dari pekan Tamparuli, dan 24km dari pekan Kiulu. Mengambil masa lebih kurang 1 Jam perjalanan menaiki kereta dari pekan Tamparuli. Untuk pengetahuan anda juga, rangkaian telefon di kawasan ini juga masih kurang, dinasihatkan agar pengunjung yang bercadang untuk datang ke sini untuk mencari lokasi ini mengunakan "google maps" atau aplikasi "Waze" di kawasan yang mempunyai rangkaian telefon sebelum memulakan perjalanan ke D'Tamalang Riverview, Kg. Pahu.
Asal Usul Tapak D'Tamalang Riverview (DTRV)
Tapak DTRV dulu merupakan sebuah kawasan dimana orang kampung dari kampung-kampung terdekat datang berkumpul bagi tujuan aktiviti bertukar barang yang di panggil sebagai 'sistem barter'. Barter merupakan sistem perdagangan yang di dalamnya terdapat kegiatan tukar-menukar barang tanpa melibatkan wang sebagai alat transaksi. Kawasan ini juga pernah dijadikan sawah padi oleh pemilik tanah, namun tidak bertahan lama kerena sawah tersebut diganggu kerbau dan akhirnya kawasan tersebut terbiar lama sebelum waris pemilik tanah mengambil keputusan untuk menjadikan kawasan tersebut selesa untuk beriadah, berkelah dan juga berkhemah. Sebelum kawasan ini ditinggikan dan ditimbus tanah disebabkan pembaikan jalanraya, terdapat banyak pokok 'tamalang' atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai pokok bambu. Pemilik kawasan mengambil keputusan untuk menamakan kawasan tersebut sebagai D'Tamalang Riverview (DTRV) sempena pokok 'tamalang' yang banyak di kawasan itu dahulu dan pemandangan sungai yang bersih, cantik dan jernih yang terdapat di kawasan tersebut.